TERKINI



Wednesday 10 October 2007

Pintu masuk ke Coventry

Untuk sampai ke Coventry, anda boleh memilih samada

1. Melalui Heathrow Airport.
Jika anda menggunakan Malaysia Airlines, penerbangan dari Kuala Lumpur adalah tanpa henti dan mengambil masa lebih kurang 13 jam. Setelah tiba di Heathrow, anda dikehendaki untuk terus ke kaunter imigresyen. Di sini prosesnya agak lama dan rumit jika anda tidak memmpunyai dokumen yang lengkap. Untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, pastikan anda menyediakan :

a) Passport dan Biometerik Visa
b) Surat Tawaran Belajar ataupun pekerjaan
c) Landing Card
d) Alamat tempat tinggal di Coventry
e) Medical Check-up (jika perlu)

Semua dokumen di atas hendaklah di "Hand Carry", kerana bagasi anda adalah selepas kaunter imigresyen.

Selepas kaunter imigresyen, anda akan melalui kaunter kastam. Terdapat dua kaunter iaitu kaunter "Green Zone" iaitu tiada barangan yang hendak diistiharkan dan "Red Zone" iaitu barangan yang hendak diistiharkan.

Anda dinasihatkan agar tidak membawa barangan yang salah d sisi Agama dan undang-undang.

Selepas kaunter kastam, anda akan terus ke "Meeting Zone" dimana akan ada wakil dari pihak MCS menunggu anda di sini jika diperlukan.

Dari Heathrow ke Coventry, ianya mengambil masa lebih kurang 2 jam bergantung kepada keaadaan trafik. Anda dinasihatkan untuk tiba pada hari Sabtu atau Ahad untuk menggelakkan dari kesesakan trafik ini.

Kerana kedudukan Heathrow yang agak jauh, wakil MCS adalah pemandu teksi dan kosnya adalah dalam lingkungan £120 yang perlu dibayar oleh anda sendiri.

Alternatif kepada teksi adalah dengan menaiki bas dari Heathrow ke Pool Meadows, Coventry. Ianya juga mengambil masa yang sama dan kosnya adalah £30 seorang. Dari Pool Meadows, wakil MCS akan menbawa anda ke rumah yang disewakan untuk anda sekeluarga.

Jika anda ingin memandu sendiri, anda boleh menyewa kenderaan di Terminal 4. Kosnya adalah bergantung kepada jensi kenderaan yang hendak disewa. Dokumen yang diperlukan adalah Lesen Memandu Malaysia dan Passport Malaysia. Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini adalah
EuroCar
Hertz
Avis

Untuk mendapat harga sewa yang lebih murah, anda boleh "pre booked" kenderaan ini di halaman web mereka tetapi duit anda tidak dikembalikan jika anda tidak mengambil kenderaan pada tarikh yang ditetapkan.

Untuk ,memandu ke Coventry, anda kana menggunakan jalan yang berkod bermula dari M4 (ke arah Slough) dan keluar ke M25 Orbital (ke arah Watford) dan M40 (kearah Birmingham)dan A46 ke arah Coventry. Masa perjalanan adalah lebih kurang 2 jam.

2. Melalui West Midlands(Birmingham) Airport
Prosesnya dalah sama seperti di atas dan urusan di kaunter-kaunter lebih mudah lagi.

Dari Lapangan Terbang ke Coventry akan mengambil masa lebih kurang 20 - 30 minit.
Wakil MCS akan menunggu di sini dan membawa anda terus ke rumah sewa dengan percuma. Anda dinasihatkan untuk tiba di Lapangan Terbang pada hari Sabtu dan Ahad kerana hampir kesemua warga MCS sibuk dengan urusan harian masing masing pada hari bekerja.

Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Birmingham Airport. Anda boleh memilih untuk menggunakan Malaysia Airlines untuk transit di Schipol, Amsterdam atau pun Emirates dan transit di Dubai. Anda dinasihatkan untuk transit lebih 2 jam untuk memastikan bagasi anda dapat dimuatkan ke dalam kapalterbang yang lain.

3. Melalui Stanstead Aipport.
Prosesnya adalah sama dengan Heathrow Aiport

0 comments: