TERKINI



Wednesday 17 September 2008

UK Visa

Rujukan di bawah ini adalah panduan bagi bakal pelajar atau warga Coventry.

Pastikan anda telah menerima Surat Tawaran Rasmi dari Universiti di Coventry.

Sila dapatkan Financial Affidavit dari Institusi atau Jabatan yang berkenaan. Ini adalah untuk makluman bahawa segala perbelanjaan anda dan keluarga di UK akan ditanggung oleh Institusi/Jabatan yang berkenaan.

Anda dinasihatkan untuk mendapat Surat Perjanjian Sewa (Tenancy Agreement) daripada tuan rumah di Coventry bagi menyenangkan lagi proses permohonan. Untuk makluman lanjut, sila berhubung dengan wakil MCS.

Visa bagi UK adalah diwajibkan untuk pelajar dari Malaysia dan juga keluarga mereka. Sila pohon visa anda bersama keluarga walaupun anda bercadang untuk datang secara individu dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan juga masalah birokrasi di UK Immigration Department.

Sila pastikan anda mengisi permohon anda mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh UK Immigration Department.

Pastikan semua dokumen asal telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh penterjemah berdaftar . Sebagai contoh Sijil Nikah, Sijil Lahir dll.

Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pihak yang berkenaan.

Borang permohonan hendaklah diisikan dengan tepat.

Hanya pelajar sahaja yang perlu mengisi Student Survey Form.

Sila hantar permohonan anda mengikut UK Visa Checklist.

Sila lawat laman http://www.vfs-uk-my.com/ untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.

0 comments: