TERKINI



Wednesday 17 September 2008

Panduan membeli Kenderaan

Terdapat beberapa cara untuk membeli kereta di UK.

1. Anda boleh membelinya daripada individu. Cara ini adalah mudah dan murah tetapi mempunyai risiko. Pastikan anda memeriksa keadaan kenderaan, sejarah kereta tersebut samada servis, HPI ataupun pemilik asal kenderaan tersebut.

2. Melalui laman web seperti Autotrader atau pun eBay.
Terdapat dua jenis klasifikasi iklan di dalam laman ini samada private seller ataupun trader.

3. Terdapat banyak Pengedar Kenderaan Terpakai di Coventry ataupun kawasan sekitar. Anda boleh memilih kenderaan yang sesuai dengan selera dan juga budget.

Sebelum membeli kereta, pastikan kenderaan tersebut memenuhi kriteria yang anda tetapkan seperti jumlah tempat duduk, penjimatan minyak dan juga budget.

Anda diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan membawa jumlah penumpang yang melebihi jumlah tempat duduk.

Seboleh bolehnya belilah kenderaan yang kurang pembatuan, model kenderaan yang "reliable" dan baik keadaannya bagi mengelakkan servis dan kos pembaikan yang mahal. Kos mekanik adalah tinggi di UK.

Tali pinggan keledar adalah wajip dipakai oleh pemandu dan setiap penumpang. Bagi bayi dan kanak-kanak, anda hendaklah menggunakan "child seat" ataupun "booster"

Selepas anda membeli kenderaan, pastikan penjual mengisi borang V5 bagi menukar nama kenderaan tersebut ke nama anda. Pastikan penjual menghantar borang V5 ke DVLA dan menyerahkan keratan V5 kepada anda sebagai rujukan.

------------------------------------------------------------------

Cukai Jalan.

Cukai Jalan boleh dibeli untuk tempoh 6 bulan ataupun 1 tahun. Ianya boleh didapati di Pejabat Pos, Pejabat DVLA ataupun melalui On-Line.

Adalah menjadi kesalahan besar jika kereta anda tiada mempunyai cukai jalan yang sah tempoh samada ada ianya diletakkan di tepi jalan ataupun berada di atas jalan. Cukai jalan kenderaan adalah diperiksa melalui online (real time) dari masa ke semasa

------------------------------------------------------------------

Insuran

Sebelum anda memandu kenderaan yang telah dibeli, pastikan ianya mempunyai insuran. Adalah menjadi kesalahan besar jika kereta anda tiada mempunyai insuran samada ada ianya diletakkan di tepi jalan ataupun berada di atas jalan. Insuran kenderaan adalah diperiksa melalui online (real time) dari masa ke semasa.

Anda boleh membawa NCD dari Malaysia untuk mendapat diskaun. Ada beberapa agen insuran yang menawarkan sehingga 7- 9 tahun NCD. Pastikan insuran anda di malaysia telah ditamatkan.

NCD dari Malaysia hendaklah menyatakan tempoh NCD, anda tidak pernah claim NCD, tarikh tamat insuran (tidak melebihi 1 tahun), nama anda sebagai tuan punya kenderaan, no pendaftaran kenderaan. nama syarikat insuran.

Juga dimaklumkan bahawa tidak semua syarikat insuran menerima permohonan dengan menggunakan lesen memandu malaysia ataupun permit memandu antarabangsa. Antara syarikat yang menerima lesen malaysia ialah YES Insurance . Jumlah premium yang anda bayar adalah lebih mahal daripada pemegang lesen UK iantu antara 100 hingga 200 pounds.

------------------------------------------------------------------

MOT

MOT adalah satu sistem untuk menguji tahap keselamatan, "road worthiness" dan "gas emission" bagi kenderaan yang berusia lebih 3 tahun jika inya ingin digunakan di atas jalanraya. Ujian MOT adalah setiap tahun dan diperlukan bagi memperbaharui cukai jalan.

Ianya boleh dilakukan di kebanyakan garaj-garaj yang diiktiraf oleh DVLA dan mempunyai simbol seperti di bawah:

2 comments :

  1. Full Uk Driving Licence

    Boleh menghubungi Mr Lennard Tang at
    E-mail: ukdrivinglicence@googlemail.com
    Msn: lennardpct@live.co.uk
    Office Tel: 01143603311
    Mobile Tel: 07564200368

    Melawat: http:// cleverbuy.webs.com

    ReplyDelete
  2. Salam buat Kelab Pelajar Norwich.

    Maaf kerana memberi komen di sini. Saya ingin mencari pelajar-pelajar yang tidak mahu membawa pulang kereta ke Malaysia, supaya menghubungi saya kerana, ada pihak ingin menggunakan AP anda untuk membeli kereta di sana (UK). Di harap dapat menghubungi saya di email bbrsauto@gmail.com untuk maklumat lanjut

    ReplyDelete