TERKINI



Wednesday 19 September 2007

Makanan Asia & Halal

Terdapat banyak kedai kedai di Coventry yang menjual daging halal, samada ayam, kambing atau pun lembu. Hampir semua kedai yang menjual daging sepanjang jalan di Stoney Stanton Road adalah halal.

Begitu juga dengan kedai kedai di Foreshill Road seperti Dhaydyal, Medina dan lain lain lagi.

Di Tesco Cannon Park ada menjual ayam halal tetapi dalam bentuk peha, kepak ataupun bahagian dada. Untuk seekor ayam, ianya di potong dalam bahagian yang kecil.

Kedai Korea di Cannon park juga ada menjual beberapa makanan dari Malaysia atau Asia yang halal, contohnya Kicap Cap Kipas Udang, Kicap ABC, Sos Tomato Maggi dll.

Untuk pilihan yang lebih banyak, terdapat sebuah supermarket, WIN YIP, di Birmingham (lebih kurang 30 - 45 minit dari Coventry) menjual barang barang Asia dan Oriental.

Di Small Heath, Birmingham, terdapat sebuah pasar raya yang agak besar menjual barangan dan daging Halal iaitu AL HALAL store.

0 comments: